Wednesday, March 17, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID AR-RAHIMAH TAMAN GREENWOOD, GOMBAK

kelihatan Yg. Bhg Datin Rohani memperkatakan sesuatu kepada Yg. Bhg Datin Norlia ketika menjamu selera di pagi hari tersebut


persembahan nasyid disampaikan oleh anak-anak qariah masjid tersebut


bersama-sama mengalunkan selawat keatas rasulullah setelah selesai majlis khatam al-quran
sebahagian ahli-ahli jawatankuasa Perkim yang hadir di majlis khatam Al-quran

sebahagian peserta dari kalangan anak-anak yatim mengalunkan bacaan surah-surah dalam majlis khatam Al-quran

ustaz solehin juga turut menerima cenderahati dari nazir masjid disampaikan oleh Ustaz Abd Manaf Jusoh dan Tuan Hj. Abd Rahman Satam

Yg. Bhg. Datin Norlia Tan Sri Hj. Marzuki menyampaikan ucapan beliau semasa perasmian majlis khatam Al-Quran

bergambar bersama qariah masjid
dari kiri Datin Norlia, Puan Sophia dan nazir masjid
berdiri dari kiri Puan faridah, puan Mashitah

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN KHATAM AL-QURAN anjuran bersama MASJID AR-RAHIMAH TMN GREENWOOD dan PERKIM WANITA CAW. ULU KELANG telah dilaksanakan dengan meriah sekali pada hari sabtu 13h. ,Mac, 2010 bersamaan 27 Rabiulawal, 1431H.
Majlis yang dihadiri oleh penduduk setempat dan sekitar Taman Greenwood, Gombak serta dengan kehadiran 100 orang anak-anak yatim dari lima buah rumah anak yatim Ulu Kelang dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik utk kanak-kanak yang berusia antara 5 tahun hingga 15 tahun. Antara acara-acara yang dijalankan termasuk pertandingan perarakan, pertandingan mewarna, kopek bilis, azan, gubahan nenas, permainan sepakraga.
Majlis perasmian telah dilakukan oleh nazir masjid Ar-rahimah iaitu Tuan Hj. Abd Rahman bin Satam. Program ini menyaksikan kerjasama antara Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang dibawah pimpinan Yg. Bgh. Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki selaku Pengerusi.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi garis panduan perlaksanaan sambutan Maulidur Rasul bukan semata-mata sekadar memperingati hari lahir Rasulullah tetapi juga untuk mencungkil semangat kejiranan masyarakat setempat, semangat ukhuwah jemaah serta merapatkan jurang perbezaan dikalangan belia khususnya remaja-remaja dan qariah-qariah masjid.
Semua pertandingan yang diadakan pada hari tersebut dijalankan serentak dan diakhiri dengan acara kemuncak iaitu khatam Al-Quran dan Selawat. Majlis khatam Al-Quran yang disertai oleh sebahagian daripada anak-anak yatim yang hadir telah menyedarkan semua pihak bahawa kebajikan untuk memberi bimbingan dan pembelajaran kepada mereka tidak diabaikan oleh pihak pengurusan rumah kebajikan Anak-Anak Yatim. Ini bertujuan agar kehidupan mereka akan terjamin dan tidak tercicir dalam pelajaran dan bimbingan yang akan menjerumuskan mereka dalam perkara-perkara yang tidak diingini.
Ini diikuti dengan ceramah oleh Yg. Bhg Ustaz Solehin Mukhyi yang bertajuk " Rasulullah Akhlak Mu Sungguh Terpuji". Antara lain menyentuh tentang akhlak Rasulullah yang patut diikuti oleh setiap lapisan masyarakat dalam menjalankan ibadah juga segala aspek kehidupan agar mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Yg. Bhg. Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki dalam ucapan beliau menegaskan bahawa pihak Perkim amat berbesar hati diberi peluang untuk menyertai aktiviti seumpama itu yang sekaligus dapat merapatkan siratulrahim dan memberi komitmen serta kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan di masa akan datang.
Sumbangan yang dihulurkan oleh Perkim Wanita Cawangan Ulu Kelang berupa wang ringgit sebanyak RM3000 serta hamper dan sumbangan peribadi Yg. Bhg Datin Rohani Jamaluddin yang merupakan Ketua Biro Ekonomi dan Kebajikan Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang untuk ahli-ahli jawatankuasa masjid yang bertugas. Juga tidak dilupakan juga cenderahati untuk anak-anak yatim yang hadir juga sumbangan dari pihak Perkim. Syarikat Rahman Brother yang merupakan penyumbang tetap kepada tabung masjid Ar-Rahimah juga turut memberikan sumbangan mereka yang disampaikan oleh salah seorang pemilik syarikat tersebut iaitu Yg. Bhg. Datok Abdul Rahman Ibrahim. Hadiah-hadiah kepada pemenang semua pertandingan disampaikan oleh Yg. Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj. Marzuki, Yg. Bhg Datin Rohani, Datok Abdul Rahman serta dibantu oleh ahli jawatankuasa Perkim yang lain.
Cikgu Mohd Radzi Mohd Yusof seterusnya mengakhiri program tersebut dengan ucapan beliau sekali lagi menegaskan kepentingan keprihatinan masyarakat setempat dalam memupuk semangat kerjasama antara qariah masjid untuk menjayakan aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial dan kebajikan. Menurut beliau juga amatlah penting masyarakat hari ini menyedari tentang fungsi masjid tidak hanya membataskan kepada ibadah sahaja malah merupakan platfom untuk menjalankan segala bentuk riadah khususnya dalam menghayati program sambutan maulidur rasul seperti yang diadakan pada hari tersebut.

Disediakan oleh:
Puan Sophia bt Othman
Pen. Setiausaha
Perkim Wanita Caw.Ulu Kelang
18hb. Mac, 2010

No comments:

Post a Comment