Saturday, March 20, 2010

SAMBUTAN HARI IBU "WANITA ANGGUN" 2009

YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz





cenderahati ibu & anak dimajlis tersebut








Majlis sambutan Hi-Tea anjuran Perkim Wanita Caw.Ulu kelang diadakan dengan gilang gemilang di Grand Ballroom, Hotel Flamingo, Jalan Ampang bersempena dengan Hari Ibu yang disambut seluruh negeri dihadiri hampir 700 orang terdiri dari ahli2 perkim, jemputan khas ibu-ibu tunggal dan jemputan khas YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Datin Seri Maznah Rais dan dhif2 kehormat yang lain.

Diserikan oleh persembahan nasyid dari ajk2 perkim dan persembahan ala2 timur tengah dari biro ekonomi dibwh pimpinan Datin Ruby, majlis diteruskan dengan aturcara yang telah dirancang begitu teliti oleh para ahli jawatankuasa majlis yang bertugas.

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, majlis tersebut menjadi gamat dengan kemunculan oleh penyanyi Camillia mendendangkan beberapa buah lagu popular beliau. Diikuti oleh persembahan dari penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Aishah. Dendangan lagu2 dari Aishah begitu asyik dan ramai hadirin terpegun dengan suara lantang dan merdu beliau. Ketika menyampaikan lagu Syurga Dibawah telapak kaki Ibu, ramai yang hadir masing2 kelihatan tersedu dan mengesat linangan airmata.

Acara yang menjadi tumpuan ialah ketika diumumkan sepuluh orang wanita yang bertuah berpakaian paling anggun. Yg. Bhg Datin Seri Maznah sudi menyampaikan hadiah2 kepada pemenang dan pemenang utama di gondol oleh Puan Rashidah yang bertuah memiliki hadiah tiket penerbangan untuk 2 orang ke Indonesia ditaja oleh Skop Production Sdn Bhd.

Para ibu-ibu tunggal diraikan dengan sedikit cenderahati sumbangan ikhlas salah seorang ajk Perkim. Juga kejutan untuk para tetamu yang hadir pada hari itu ialah cenderahati dan jambangan bunga untuk tetamu yang membawa ibu masing2 kemajlis tersebut. Hadiah2 trsebut juga hasil sumbangan ikhlas salah seorang ahli jawatankuasa Perkim.

Tiba masa bersurai, para tetamu majlis dikejutkan dengan kesudian Yg. Bhg Datin Seri Maznah menyumbangkan sebuah lagu yang mendapat tepukan yang amat gemuruh. Ini menunjukkan sifat kesederhanaan tanpa memikirkan kedudukan beliau sebagai seorang yang terhormat. Syabas Datin Seri!



No comments:

Post a Comment