Saturday, March 20, 2010

AGM 21st PERKIM BHG NEGERI SELANGOR 20HB MAC, 2010

sebelum mesyuarat bermula


pewakilan wanita caw. ulu kelang
Dtn. Norlia, Pn Sophia, Dtn Patimah, Toh Pn Chemara

menerima penghargaan "penambahan Ahli Teramai"
cawangan Ulu Kelang

YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid memberi ucapan perasmian


AGM - 21 PERKIM BHG NEGERI SELANGOR
DIRASMIKAN OLEH:-
YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

20hb Mac, 2010
(bilik Gerakan, Bgn ANNEX, DUN Selangor, SHAH ALAM)


Majlis perasmian Mesyuarat Agung Perkim ke 21 pada 20hb. Mac, 2010 di Dewan ANNEX Bangunan SSAAS, Shah ALam dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah serta bacaan ayat2 suci Al-Quran oleh Qari Jemputan Adik Muhammad Abdullah. Diikuti dengan persembahan koir Biro Wanita Perkim Shah Alam dengan lagu Perkim dan selawat. Yg Bhg Dato' Haji Mohd Yasin Haji Taib, Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Selangor seterusnya memberikan ucapan beliau.


Mesyuarat Agung ke 21 Perkim Bhg Selangor telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Dalam ucapan beliau, tegasnya kegiatan berdakwah adalah tanggungjawab setiap individu tidak terbatas pada ustaz, ulama atau mana2 institusi untuk melaksanakan tanggungjawab menggembeling tenaga dan komitmen untuk meningkatkan kualiti umat islam berpaksikan akidah, syariat dan akhlak islamiah yang kukuh.

YAB Tan Seri dalam amanatnya juga menyentuh tentang kekalutan isu2 kalimah, logo HALAL dan pencerobohan rumah2 ibadah dan kegiatan2 yang tidak bermoral yang sedang meruncing agar dapat diatasi oleh semua pihak yang terlibat supaya ketenteraman dan keharmonian masyarakat terjamin. Beliau juga menyeru semua ajk dan ahli2 Perkim bersatu hati dalam usaha menjayakan manefistasi pertubuhan ini. Strategi, methodologi dan media katanya mestilah sesuai dengan matlamat dan sasaran . Keprihatinan terhadap saudara2 baru agar mesti dititikberatkan supaya mereka mendapat bimbingan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang agama islam. Usaha jitu amat penting juga dalam membantu pihak kerajaan menangani masalah agama dan gejala sosial seperti murtad, penagihan dadah, pembuangan bayi malah keruntuhan institusi kekeluargaan.

Akhirkata beliau amat berharap agar perjuangan dalam berdakwah sentiasa berterusan kerana ia adalah jihad umat islam seluruhnya untuk memastikan kemajuan sesebuah pertubuhan itu terselah kesinambungannya dari masa ke semasa.

Aturcara seterusnya menyaksikan kelancaran perjalanan agenda mesyuarat termasuklah penerimaaan Laporan Tahunan 2009, Penyataan Kewangan 2009 serta kelulusan tentang Angggaran Belanjawan 2011. Mesyuarat pada tahun ini menyaksikan perlantikan ahli2 jawatankuasa baru bagi sessi 2010 - 2012 Perkim Bhg Negeri Selangor. Puan Sharifah Zubaidah Syed Mahdzar wakil dari Perkim Wanita Caw.Ulu Kelang berjaya mengekalkan jawatan beliau dengan pungutan undi yang agak banyak iaitu 91 undi.


Didalam majlis itu juga diadakan penyampaian hadiah-hadiah insentif untuk :-

- Aktiviti cawangan Terbaik
- Pentadbiran/Pengurusan Terbaik
- Pertambahan Ahli Teramai
- Pengislaman Teramai


PERKIM Wanita Cawangan Ulu Kelang telah memenangi anugerah Hadiah Insentif bagi kategori "Pertambahan Ahli Teramai" iaitu cawangan Ulu Kelang telah berjaya menarik seramai 89 orang sebagai ahli baru 2009. Hadiah tersebut disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim kepada Pengerusi Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang Yg. Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki.

Majlis bersurai setelah selesai dengan ucapan penangguhan dari semua cawangan. Pengerusi Perkim Bhg Negeri Selangor, Yg Bhg Dato' Hj Mohd Yasin menyarankan ahli2 perkim sentiasa berbakti secara sukarela dalam menyampaikan dakwah tanpa mengharapkan balasan selain dari pahala dan ganjaran Allah SWT semata-mata. Maka kata beliau lagi pihak PERKIM dan semua yang terlibat akan menabur bakti dan azam untuk menjayakan matlamat dan aspirasi murni dan terus menyambung amanat serta perjuangan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pengerusi Tetap, Yg. Bhg Prof. Emeritius Dato' Dr Ariffin Suhaimi, dalam penggulungan mesyuarat kali ini berharap segala permasalahan yang dikemukan oleh semua cawangan akan cuba diselesaikan dengan segera dan khidmat bakti semua ahli2 Perkim diteruskan dan dipertingkatkan.


disediakan oleh

Puan Sophia Othman
Pen. Setiausaha
Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang



No comments:

Post a Comment