Monday, November 8, 2010

Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka

bergambar beramai-ramai sebelum berangkat pulang di luar pintu masuk Seri kenangan Cheng




Yg Bhg Datin Patimah Hj Ismail ..Timbalan Pengerusi Perkim Caw Wanita Ulu kelang dan Ketua Penyelaras rombongan, Puan Hjh Kalsom Adam ... menyampaikan sedikit sumbangan tunai dari Perkim dan Biro Dakwah kepada Penyelia Bertugas Rumah Seri Kenangan Cheng, Encik Abdul Razak..



ahli rombongan ketika mendengar taklimat dan sejarah mengenai Rumah Seri Kenangan Cheng ini daripada Penyelia bertugas pada hari tersebut.....






Setelah beberapa kali tertunda atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan kerana faktor kesuntukan masa dan kepadatan program-program sebelumnya, jawatankuasa Biro Dakwah yang diketuai oleh Puan Hjh Kalsom Adam telah berjaya mendapat kelulusan dari pihak rumah kebajikan orang-orang tua ini untuk mengadakan lawatan singkat ke sini pada 6hb November 2010 yang lalu. Rombongan ahli Perkim Cawangan Wanita Ulu Kelang juga telah membawa sumbangan berbentuk makanan serta derma kilat sewaktu taklimat di sini untuk disampaikan kepada Pentabiran Rumah Seri Kenangan Cheng ini disamping sumbangan tunai dari pihak Perkim dan Biro Dakwah khususnya disampaikan oleh Yg Bhg Datin Patimah Hj Ismail selaku Timbalan Pengerusi kepada penyelia yang bertugas iaitu Encik Abdul Razak.

Menurut Puan Kalsom Adam selaku ketua rombongan ini, tujuan dan matlamat diadakan lawatan sebegini memandangkan aliran pemikiran manusia hari ini banyak tertumpu kepada kebendaan dan keduniaan sekaligus memperlihatkan betapa nilai-nilai agama semakin rapuh dan dilupakan.
Akibatnya institusi kekeluargaan makin goyah bila tiada lagi kekuatan iman dan taqwa yang mengimbangi kehidupan kita.
Kata beliau lagi, lawatan ini bertujuan memanjangkan ukhuwah serta keperihatinan untuk mengenali dan menyelami perasaan para penghuni yang terdiri dari pelbagai kaum. Puan Kalsom juga berharap ahli-ahli rombongan mendapat iktibar dan menjadikannya sebagai pengajaran untuk menginsafi betapa semakin ramai dikalangan kita yang masih bergelar anak begitu tegar menghantar ibubapa mereka setelah mereka menginjak ke usia tua ke rumah-rumah kebajikan orang-orang tua seperti Rumah Seri Kenangan Cheng ini. Mereka seolah-olah telah mengenepikan tanggungjawab dan kewajiban terhadap ibubapa masing-masing.
Daripada taklimat dan penerangan Penyelia yang bertugas pada hari itu, Encik Abdul Razak kebanyakan penghuni di Seri Kenangan Cheng adalah dari bangsa Melayu yang mempunyai anak-anak yang amat berjaya dalam kehidupan tetapi tidak mahu menggalas beban menjaga ibubapa mereka. Beliau menegaskan banyak faktor yang menyumbang kepada kejadian seumpama ini. Alasan yang diberikan oleh ahli keluarga penghuni disini bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga ibubapa mereka amatlah tidak rasional. Jelas sekali para penghuni disini amat ketandusan kasihsayang dan merindui kehidupan normal di dalam suasana kekeluargaan terutama di musim-musim perayaan.
Kebanyakan penghuni Seri kenangan Cheng ditempatkan di beberapa asrama yang disediakan berdasarkan kategori yang berlainan. Mereka yang sihat dan cergas ditempatkan asrama berasingan manakala yang tidak sihat dan kurangupaya pula ditempatkan di asrama dimana para petugas boleh memberi tumpuan dan penjagaan yang lebih kepada mereka.
Jadual dan aktiviti seharian telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan pentadbiran untuk memastikan kebajikan para penghuni disini terjaga rapi tidak kira dari segi pemakanan, kesihatan, aktiviti riadah malah khairat kematian sekalipun. Para penghuni juga sekali sekala akan dibawa keluar dari pusat jagaan ini sebagai satu riadah supaya mereka tidak merasa terpinggir dari kehidupan yang normal.
Ahli rombongan diberitahu bahawa Rumah Seri Kenangan Cheng amat bertuah mendapat sokongan dan bantuan dari kerajaan Negeri Melaka serta orangramai dan perseorangan yang menghulurkan bantuan dan sumbangan dari segi kewangan dan material. Menurut Encik Abdul Razak penghuni terkini di Rumah Seri kenangan Cheng ini berjumlah 250 orang dan dibawah kawalan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.
Sementelah usai taklimat dan penerangan ringkas tersebut ahli rombongan telah dibawa melawat asrama-asrama yang menempatkan penghuni disini. Kesempatan ini diambil oleh yang hadir untuk lebih mengenali dan mendengar kisah-kisah sedih yang menimpa mereka sehingga ditempatkan di rumah kebajikan ini. Ahli rombongan telah diingatkan bahawa tidak dibenar sama sekali merakam gambar ketika berada di asrama untuk menjaga kepentingan penghuni dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran supaya tidak disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.
Di akhir lawatan yang singkat tetapi amat bermakna ini, semoga ahli-ahli rombongan membuka pemikiran masing-masing betapa perlu dititikberatkan kasihsayang dalam institusi kekeluargaan terutama kepada ibubapa yang melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak sehingga dewasa dan berjaya dalam kehidupan. Iktibar dan kisah-kisah sedih para penghuni Seri kenangan Cheng menjadi pedoman dan keinsafan supaya terpahat di minda untuk merenungi "dari mana, untuk apa dan kemanakah kita di penghujung sebuah kehidupan ini. Harapan dan hasrat supaya tidak diulangi kitaran hidup yang sama seperti kehidupan para penghuni rumah-rumah kebajikan ini.
Teks disediakan oleh:
Puan Sophia Othman
Ketua Biro Penerbitan & Seranta
Perkim Caw Wanita Ulu Kelang
November 2010

Monday, October 18, 2010

KEM MOTIVASI & QIAMULLAIL BERSAMA ANAK2 YATIM

Yg Bhg Dato' Hj. Hasbullah L.Isa
Pen.S/Usaha Kehormat Ahli Majlis Kebangsaan Perkim Malaysia
turut hadir memberi taklimat dan nasihat kepada para peserta ....

bergambar beramai-ramai diakhir majlis penutup program
Kem Motivasi & Qiamullail 2010

bersama sebahagian dari anak2 yatim dlm sesi bergambar...

anak2 ahli jawatankuasa Perkim Caw. Wanita Ulu kelang
yang turut serta kem motivasi & qiamullail pada hari tersebut....

AJK bersarapan pagi bersama pemilik Camp ABC
Yg Bhg Brig Jen. Dato' Adnan Said(B) dan isteri...

antara aktiviti bebas yang diadakan untuk anak2 yatim yang menyertai program...

antara peserta dari rumah kebajikan Nurul Qana'ah..

Yg Bgh Ustaz Abdul Manaf ketika memberi ucapan dan nasihat2 beliau
kepada peserta program...

anak-anak yatim turut menerima cenderahati dan sijil..
didalam majlis penutup program....

ahli jawatankuasa meninjau keadaan didalam kem
memastikan keselesaan para peserta program.....


Ahli jawatankuasa bersama Penyelaras dan fasilitator program
KEM MOTIVASI & QIAMULLAIL.

salah seorang peserta diminta memberi pandangan tentang program..


Yg Berusaha Ustaz Abdul Manaf selaku fasilitator program Qiamullail...
menerima cenderahati dari Ketua Penyelaras Program


antara peserta menerima cenderahati dan sijil penyertaaan
disampaikan oleh Pengerusi Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang ..

peserta khusyuk mendengar taklimat dan pesanan di akhir program..



antara aktiviti luar yang dijalankan....









KEM MOTIVASI & QIAMULLAIL
Bersama Anak2 Yatim
Anjuran PERKIM CAW. WANITA ULU KELANG







Perkim Cawangan Wanita Ulu Kelang sekali lagi telah menganjurkan satu program khusus untuk anak-anak yatim di sekitar Lembah Kelang dalam membina ukhuwah dan memberi bimbingan agama islam kepada penghuni rumah-rumah anak yatim yang terpilih tahun ini. Program tersebut telah diadakan di Camp ABC, kg Sg. Lurah, Janda Baik, Bentong selama 3 hari 2 malam bermula dari 15hb hingga 17hb, Oktober, 2010. Seramai 60 orang peserta anak2 yatim dari empat buah rumah kebajikan dan 12 orang anak2 ajk perkim sendiri turut serta dalam program tersebut.

Sehubungan dengan tujuan program, jika tiada pertolongan dan keperihatinan dari masyarakat sekeliling mahupun mana-mana badan korporat, penghuni Pertubuhan Rumah Kebajikan ini yang terdiri daripada anak-anak yatim tidak mungkin mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam semua aspek kehidupan. Mereka adalah golongan yang lemah dan memerlukan bantuan samada segi material dan spiritual untuk menjadi sebahagian dari masyarakat yang berguna supaya tidak terjebak dalam gejala sosial dan sebagainya.

Atas kesedaran inilah, Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang terpanggil untuk menganjurkan program seumpama ini supaya timbul kesedaran semua pihak bahawa kepentingan mendidik dan memberi ilmu pengetahuan kepada golongan ini tidak boleh dipandang ringan. Bertemakan "KITA PEDULI, KITA KONGSI, KITA HULURKAN TANGAN'., penyelaras program serta fasilitator dan penceramah jemputan cuba terapkan segala ilmu pengetahuan sebagai panduan untuk para peserta didalam kem ibadah bina insan ini.


Objektif utama diadakan kem ibadah ini ialah untuk menggalakkan sikap positif dan bertanggungjawab dikalangan peserta dalam memupuk ukhuwah sesama mereka. Peserta diajar menanam nilai-nilai rohaniah dan membentuk jatidiri supaya dapat menjalinkan semangat setiakawan dan kasihsayang sesama mereka khususnya dengan para ahli jawatankuasa penganjur juga.

Modus operandi program kali ini dibahagi kepada dua sessi termasuk FASA 1 : sessi suai-kenal, aktiviti permainan berkumpulan dan juga aktiviti lasak. Para peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Dimulai dengan berkenalan dalam sesi "ice-breaker' antara peserta lain dalam kumpulan masing-masing, mereka juga dikehendaki mengambil bahagian dalam acara sukan bercorak 'team building' yang bakal memperlihatkan konsep kerjasama ahli dalam kelompok mereka untuk memenangi permainan yang diadakan.


Para peserta didedahkan juga dengan aktiviti lasak seperti memancing dan 'jungle-trekking' supaya mereka dapat menghargai keindahan flora dan fauna serta menghayati ciptaan dan kebesaran Allah swt. Kepentingan menjaga kesihatan fizikal yang cuba diterapkan dalam aktiviti ini didedahkan kepada para peserta supaya menyedari asas2 kesihatan ini penting untuk membina keutuhan minda, fizikal dan spiritual .



Didalam FASA 2 program ini menitikberatkan aktiviti kerohanian dan motivasi diri peserta. Pengelolaan sessi ini diterajui dan dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator, Yang berbahagia Ustaz Abdul Manaf yang juga merupakan ajk Masjid Ar-Rahimah, Gombak juga dibantu oleh para pelajar-pelajar Politeknik Merlimau, Melaka. Fasa ini bertujuan untuk membimbing peserta menitikberatkan ukhuwah dan perhubungan insan dengan Allah swt untuk memantapkan asas keimanan dalam diri masing-masing. Tazkirah dalam qiamullail merangkumi asas fardu Ain , akidah (iman dan taqwa), kesempurnaan Ibadah (solat berjemaah) serta Hidayah dan Keagungan Allah. Ini bertujuan untuk memupuk kesedaran membentuk seorang muslim sejati, bermoral dan berguna dalam masyarakat.

Para peserta juga bertuah dengan kesudian Yg Bhg Datok Haji Hasbullah L.Isa iaitu Penolong Setiausaha Agung Kehormat Ahli Majlis Perkim Kebangsaan Malaysia untuk hadir dan menjengah mereka serta bersolat jemaah pada malam kedua program di kem ini. Beliau juga meninggalkan amanat dan motivasi untuk para peserta agar tidak lupa tanggungjawab untuk menjadi pelajar cemerlang seterusnya insan berjaya dalam hidup di masa akan datang. Sebelum berangkat pulang beliau sempat menjamah hidangan malam sambil bermesra dengan penyelaras, fasilitator dan anak-anak yatim tersebut.

Penutupan program motivasi dan qiamullail ini diakhiri dengan pesanan dan amanat dari Yg Bhg Datin Rohani Jamaluddin selaku Ketua Penyelaras program ini. Didalam ucapan beliau menekankan agar para peserta mengambil pengajaran dan ilmu dalam program seumpama ini untuk dijadikan pedoman dan sebagai tunjuk-ajar kepada rakan-rakan yang tidak menyertai program ini supaya menjadi insan contoh dan insan yang mulia di sisi Allah swt di dunia dan di akhirat kelak..Beliau juga amat berterimakasih atas kerjasama dari Yg Bhg Brig Jen. Dato' Adnan bin Said(B) bersama isteri beliau selaku pemilik Camp ABC ini dalam memastikan semua kemudahan disediakan untuk menjayakan program tersebut.

Kem motivasi & qiamullail ini dikendali dengan kerjasama dari ahli-ahli jawatan kuasa Perkim Caw. Wanita Ulu kelang hasil inisiatif Puan Faridah Mohd Isa sebagai Penyelaras bersama-sama ajk biro terdiri Biro Dakwah dan Biro kebajikan iaitu Puan Noraini Idris, Puan Mariati, Puan Edah , Puan Fatimah dan YM Raja Shamsiah serta dibantu oleh Pelajar-Pelajar Politeknik dan Puan Sophia selaku Ketua biro Perhubungan & Seranta Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang.

Sebelum majlis perpisahan, kesemua peserta yang terdiri penghuni rumah-rumah anak yatim yang dipilih iaitu Pertubuhan Rumah Kebajikan Limpahan Kasih, Rumah Amal Kaseh Bestari, Rumah kebajikan Silaturahhim Nurul Qana'ah , Rumah Kebajikan Nurhati serta anak-anak ajk sendiri telah menerima sumbangan cenderahati serta sijil penyertaaan sumbangan sebuah badan korporat telah disampaikan oleh Yg Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki Pengerusi Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang.

disediakan oleh:-
Puan Sophia Othman
Ketua Biro Perhubungan & Seranta (Media)
Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang






































































































Tuesday, May 18, 2010

Majlis Hi-Tea Hari Ibu

..pengacara Azreen bersama penyelaras program, Puan Sophia Othman


barisan ajk yang menjayakan program tersebut bergambar beramai2


koleksi busana yang diperagakan..


persembahan dikir barat..


persembahan tarian traditional


Datuk Siti menerima cenderahati disamping Timbalan Pengerusi
Yg Bhg Datin Hjh Patimah Ismail


Yg Bhg Datin Hjh Norlia Tan Sri Amar Hj Marzuki menyampaikan
hadiah cenderahati kepada Yg Bhg Datin Sri Hamidah


Yg Bhg Datin Hjh Norlia ketika menyampaikan ucapan


Yg Bhg Datin Sri Hamidah Khamis..




MAJLIS HI-TEA HARI IBU
'IBU..ASPIRASIMU MENJANA UMMAH'
PERKIM CAW WANITA ULU KELANG
HOTEL DE PALMA AMPANG
16HB MEI, 2010


PERKIM cawangan wanita ulu kelang mengadakan majlis bersempena dengan sambutan hari ibu baru-baru ini bertempat di hotel De Palma, Ampang. Bersama-sama di majlis itu, diraikan juga 100 orang tetamu terdiri daripada ibu2 tunggal, mualaf (cina), saudara2 baru dan ibu dikalangan ahli Perkim yang kurang berkemampuan.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Yg Bhg Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Yg Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir ialah artis terkenal terdiri daripada Datuk Yusni Hamid, Noraniza Idris dan Datuk Siti Nurhaliza. Yg Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid membuat kejutan kerana di saat akhir turut serta hadir pada hari tersebut.
Koir kumpulan Perkim menyumbangkan dua buah lagu iaitu lagu "wanita Perkim' dan "Islam dan Iman" dan diikuti oleh ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Perkim Caw Wanita Ulu Kelang. Beliau menyentuh beberapa perkara tentang peranan kita sebagai ibu yang menjana sumber ilham dan menjadi idola kepada anak2 didalam segala aspek kehidupan. Pesan beliau supaya kesinambungan peranan ini diterapkan didalam kerja2 kebajikan dan amal didalam persatuan. Sekali gus menurut beliau merupakan inspirasi untuk misi dakwah serta intergrasi sosial dalam melunaskan tanggungjawab kepada masyarakat khususnya terhadap golongan yang memerlukan.

Didalam ucapan perasmian Yg BHg Datin Seri Hamidah, beliau berbangga dengan badan NGO seperti Perkim Caw Wanita Ulu Kelang mengambil inisiatif dalam menjalankan aktiviti2 kebajikan disamping tidak lupa tentang elemen2 penting iaitu kebahagiaan, kesihatan dan perasaan kasihsayang untuk memupuk keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Beliau berharap aktiviti kebajikan seumpama ini tidak akan ada titik noktah kepada ahli-ahli Perkim cawangan wanita ulu kelang untuk meneruskan kegiatan kebajikan kerana menurut beliau motif dan tujuan melakukan amal ialah bukan sebanyak mana sumbangan yang diberi tetapi keikhlasan yang penting. Beliau dan Yg Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga menyampaikan sumbangan peribadi beliau berdua kepada tetamu jemputan istimewa.

Majlis pada hari itu diserikan oleh persembahan dari penyanyi yang tidak asing iaitu Datuk Yusni Hamid yang menyanyi lagu2 medley beliau. Noraniza memberikan persembahan yang bertenaga dengan lagu2 Enjut dan Zapin Beradat serta mengajak para tetamu bersama2 menyanyi dengan beliau. Datuk Siti tampil sederhana dengan persembahan serta berkomunikasi bersama tetamu dimana beliau menjemput hadirin yang membawa anak2 bersama naik ke pentas dengan secara spontan memberi ucapan khas hari ibu kepada ibu masing2. Beliau juga menyanyikan beberapa buah lagu dari album beliau antaranya ialah "biarlah Rahsia". Majlis digamatkan dengan persembahan spontan daripada pengacara majlis pada hari itu iaitu saudara Azreen Mohd Nasir yang mendapat sambutan gemuruh dengan lagu wali band "mencari jodoh'...

Persembahan dari ahli2 Perkim Cawangan Wanita Ulu Kelang tidak kurang hebatnya. Antaranya tarian traditional "canggung', Persembahan dikir barat dan peragaan busana dari koleksi peribadi Pengerusi, Yg Bhg Datin Norlia dan koleksi dari Sutera Kasih Batik kepunyaan butik Yg Bhg Datin Suriaty AhmadKhan.
Diakhir majlis para tetamu membawa pulang hadiah2 cabutan bertuah dan cenderahati istimewa berupa mug berukir logo Perkim kepada setiap yang hadir tanda ingatan ikhlas dari Perkim Cawangan Wanita Ulu Kelang yang merupakan sumbangan inisiatif dari Biro Kebajikan yang diketuai oleh Yg Bhg Datin Rohani Jamaluddin.

Tuesday, March 23, 2010

USRAH YG.BHG DR FATMA AZ-ZAHRAA













TAFSIR AL-QURAN KELAS USRAH DR FATMA

"SURAH AN-NUR''




Bertempat di Surau Tun Daim, Taman Melawati 23hbMac, 2010....ceramah bulanan ihsan dan initiatif Toh Puan Mahani Daim disampaikan oleh Yg Bhg Dr Fatma mengupas tafsir surah An-nur.


Dihadiri oleh penduduk sekitar Taman Melawati dan ahli2 perkim. Dr Fatma dalam ulasan beliau menegaskan surah ini diturunkan selepas Saidatina Aishah ra difitnah berzina dengan seorang pemuda bernama shafwan ketika beliau ditinggalkan seorang diri dipadang pasir oleh kafilahnya.

Tegas beliau lagi surah An-nur khas diturunkan oleh Allah SWT membicarakan tentang perzinaan iaitu bahaya permulaan zina, meghampiri zina dan langkah2 mencegah dari berlakunya perzinaan. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan anak Adam untuk mengingkari suruhan dan larangan Allah SWT.


Antara kupasan langkah2 untuk menghindari kita dari menghampiri zina ialah surah an-nur ayat 27..bermadsud :- jangan kamu memasuki rumah yg bukan rumahmu jika dikhuatiri tiada penghuninya melebihi seorang..kerana bimbang akan menimbulkan fitnah.


.....Setiap lelaki yang beriman sentiasa menjaga pandangannya dan kehormatannya supaya terselamat dirinya dari perzinaan mata dan keinginan nafsunya terhadap wanita kerana fitnah yang teramat besar dan bahaya adalah fitnah wanita.


....Begitu jugalah seseorang wanita yg beriman itu sentiasa menjaga penglihatan dan kehormatan dirinya (selain untuk muhrim ) dengan tidak mmperlihatkan perhiasan diri kecuali muka dan tapak tangan.


Beliau mengingatkan jemaah agar tidak terpadaya dengan tipuhelah syaitan dengan sentiasa berzikirullah setiap masa...(ayat 21 - surah an-nur). Dr Fatma menerangkan bahawa syaitan tidak akan menghampiri hamba Allah yang :-

- sentiasa didalam wudu', sentiasa dalam zikirullah
- selalu brtaubat , menjaga penglihatan dan percakapannya
- sentiasa mengalunkan surah Al-baqarah dan 3 Qul
- sentiasa menyebut " Dengan Nama Allah sesungguhnya aku berlindung dari syaitan yang
direjam..."

Pesan beliau di akhir kuliah dalam membicarakan tafsir surah An-nur agar jemaah khususnya kaum wanita sentiasa dan menitikberat dalam menjaga maruah diri agar tidak menimbulkan fitnah....







Monday, March 22, 2010

TAZKIRAH USTAZ MOHD FADZIL ISMAIL DI MASJID MUAZ AL-JABAR SETIAWANGSA

Yg. Bhg Ust Mohd Fadzil Ismail

sebahagian dari jemaah yg hadir

bersama Exec. Broadcast Primeworks Sdn Bhd
Fauzana Ainud-din Radzuan

TAZKIRAH BERSAMA UST MOHD FADZIL ISMAIL
DI MASJID MUAZ AL-JABBAR SETIAWANGSA
"PESANAN RASULULLAH KPD WANITA.."


Penceramah bebas Ust Mohd fadzil Ismail dalam tazkirah beliau kepada jemaah yang hadir semasa rakaman Al-Hidayah TV3 baru-baru ini menekan bahawa pesanan Rasulullah untuk kaum wanita khususnya amatlah penting dalam institusi keluarga melahirkan generasi yang bertaqwa dan beriman.

Taqwa menurut beliau amat penting dan memerlukan kesabaran dalam menempuh cabaran dan dugaaan hidup. Dengan ketaqwaan itu katanya membolehkan seseorang wanita itu sebagai isteri dan ibu menjadi idola pada anak2nya. Beliau menegaskan juga taqwa itu mestilah disertai dengan keimanan yang kukuh dan istiqamah untuk menjadikan ketaqwaan itu secara menyeluruh dan ikhlas terhadap Allah SWT.

Kesinambungan dari sifat taqwa itu kata ust Mohd lagi, dalam pesanan rasulullah SAW, wanita itu perlu bersikap lemah lembut. Perkara yang penting merangkumi sifat tersebut adalah wanita itu hendaklah berlapang dada iaitu sabar, berseri airmukanya, dan redha ia akan segala dugaan keatasnya.

Akhir tazkirahnya Ust Mohd berpesan bahawa apa yang penting kita sentiasa lakukan perkara2 yang boleh menguatkan ketahanan taqwa dan iman melalui MATA iaitu penglihatan, TELINGA iatu pendengaran dan HATI iaitu ketaqwaan.

Saturday, March 20, 2010

SAMBUTAN HARI IBU "WANITA ANGGUN" 2009

YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz





cenderahati ibu & anak dimajlis tersebut








Majlis sambutan Hi-Tea anjuran Perkim Wanita Caw.Ulu kelang diadakan dengan gilang gemilang di Grand Ballroom, Hotel Flamingo, Jalan Ampang bersempena dengan Hari Ibu yang disambut seluruh negeri dihadiri hampir 700 orang terdiri dari ahli2 perkim, jemputan khas ibu-ibu tunggal dan jemputan khas YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Datin Seri Maznah Rais dan dhif2 kehormat yang lain.

Diserikan oleh persembahan nasyid dari ajk2 perkim dan persembahan ala2 timur tengah dari biro ekonomi dibwh pimpinan Datin Ruby, majlis diteruskan dengan aturcara yang telah dirancang begitu teliti oleh para ahli jawatankuasa majlis yang bertugas.

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, majlis tersebut menjadi gamat dengan kemunculan oleh penyanyi Camillia mendendangkan beberapa buah lagu popular beliau. Diikuti oleh persembahan dari penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Aishah. Dendangan lagu2 dari Aishah begitu asyik dan ramai hadirin terpegun dengan suara lantang dan merdu beliau. Ketika menyampaikan lagu Syurga Dibawah telapak kaki Ibu, ramai yang hadir masing2 kelihatan tersedu dan mengesat linangan airmata.

Acara yang menjadi tumpuan ialah ketika diumumkan sepuluh orang wanita yang bertuah berpakaian paling anggun. Yg. Bhg Datin Seri Maznah sudi menyampaikan hadiah2 kepada pemenang dan pemenang utama di gondol oleh Puan Rashidah yang bertuah memiliki hadiah tiket penerbangan untuk 2 orang ke Indonesia ditaja oleh Skop Production Sdn Bhd.

Para ibu-ibu tunggal diraikan dengan sedikit cenderahati sumbangan ikhlas salah seorang ajk Perkim. Juga kejutan untuk para tetamu yang hadir pada hari itu ialah cenderahati dan jambangan bunga untuk tetamu yang membawa ibu masing2 kemajlis tersebut. Hadiah2 trsebut juga hasil sumbangan ikhlas salah seorang ahli jawatankuasa Perkim.

Tiba masa bersurai, para tetamu majlis dikejutkan dengan kesudian Yg. Bhg Datin Seri Maznah menyumbangkan sebuah lagu yang mendapat tepukan yang amat gemuruh. Ini menunjukkan sifat kesederhanaan tanpa memikirkan kedudukan beliau sebagai seorang yang terhormat. Syabas Datin Seri!



AGM 21st PERKIM BHG NEGERI SELANGOR 20HB MAC, 2010

sebelum mesyuarat bermula


pewakilan wanita caw. ulu kelang
Dtn. Norlia, Pn Sophia, Dtn Patimah, Toh Pn Chemara

menerima penghargaan "penambahan Ahli Teramai"
cawangan Ulu Kelang

YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid memberi ucapan perasmian


AGM - 21 PERKIM BHG NEGERI SELANGOR
DIRASMIKAN OLEH:-
YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

20hb Mac, 2010
(bilik Gerakan, Bgn ANNEX, DUN Selangor, SHAH ALAM)


Majlis perasmian Mesyuarat Agung Perkim ke 21 pada 20hb. Mac, 2010 di Dewan ANNEX Bangunan SSAAS, Shah ALam dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah serta bacaan ayat2 suci Al-Quran oleh Qari Jemputan Adik Muhammad Abdullah. Diikuti dengan persembahan koir Biro Wanita Perkim Shah Alam dengan lagu Perkim dan selawat. Yg Bhg Dato' Haji Mohd Yasin Haji Taib, Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Selangor seterusnya memberikan ucapan beliau.


Mesyuarat Agung ke 21 Perkim Bhg Selangor telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Dalam ucapan beliau, tegasnya kegiatan berdakwah adalah tanggungjawab setiap individu tidak terbatas pada ustaz, ulama atau mana2 institusi untuk melaksanakan tanggungjawab menggembeling tenaga dan komitmen untuk meningkatkan kualiti umat islam berpaksikan akidah, syariat dan akhlak islamiah yang kukuh.

YAB Tan Seri dalam amanatnya juga menyentuh tentang kekalutan isu2 kalimah, logo HALAL dan pencerobohan rumah2 ibadah dan kegiatan2 yang tidak bermoral yang sedang meruncing agar dapat diatasi oleh semua pihak yang terlibat supaya ketenteraman dan keharmonian masyarakat terjamin. Beliau juga menyeru semua ajk dan ahli2 Perkim bersatu hati dalam usaha menjayakan manefistasi pertubuhan ini. Strategi, methodologi dan media katanya mestilah sesuai dengan matlamat dan sasaran . Keprihatinan terhadap saudara2 baru agar mesti dititikberatkan supaya mereka mendapat bimbingan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang agama islam. Usaha jitu amat penting juga dalam membantu pihak kerajaan menangani masalah agama dan gejala sosial seperti murtad, penagihan dadah, pembuangan bayi malah keruntuhan institusi kekeluargaan.

Akhirkata beliau amat berharap agar perjuangan dalam berdakwah sentiasa berterusan kerana ia adalah jihad umat islam seluruhnya untuk memastikan kemajuan sesebuah pertubuhan itu terselah kesinambungannya dari masa ke semasa.

Aturcara seterusnya menyaksikan kelancaran perjalanan agenda mesyuarat termasuklah penerimaaan Laporan Tahunan 2009, Penyataan Kewangan 2009 serta kelulusan tentang Angggaran Belanjawan 2011. Mesyuarat pada tahun ini menyaksikan perlantikan ahli2 jawatankuasa baru bagi sessi 2010 - 2012 Perkim Bhg Negeri Selangor. Puan Sharifah Zubaidah Syed Mahdzar wakil dari Perkim Wanita Caw.Ulu Kelang berjaya mengekalkan jawatan beliau dengan pungutan undi yang agak banyak iaitu 91 undi.


Didalam majlis itu juga diadakan penyampaian hadiah-hadiah insentif untuk :-

- Aktiviti cawangan Terbaik
- Pentadbiran/Pengurusan Terbaik
- Pertambahan Ahli Teramai
- Pengislaman Teramai


PERKIM Wanita Cawangan Ulu Kelang telah memenangi anugerah Hadiah Insentif bagi kategori "Pertambahan Ahli Teramai" iaitu cawangan Ulu Kelang telah berjaya menarik seramai 89 orang sebagai ahli baru 2009. Hadiah tersebut disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim kepada Pengerusi Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang Yg. Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki.

Majlis bersurai setelah selesai dengan ucapan penangguhan dari semua cawangan. Pengerusi Perkim Bhg Negeri Selangor, Yg Bhg Dato' Hj Mohd Yasin menyarankan ahli2 perkim sentiasa berbakti secara sukarela dalam menyampaikan dakwah tanpa mengharapkan balasan selain dari pahala dan ganjaran Allah SWT semata-mata. Maka kata beliau lagi pihak PERKIM dan semua yang terlibat akan menabur bakti dan azam untuk menjayakan matlamat dan aspirasi murni dan terus menyambung amanat serta perjuangan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pengerusi Tetap, Yg. Bhg Prof. Emeritius Dato' Dr Ariffin Suhaimi, dalam penggulungan mesyuarat kali ini berharap segala permasalahan yang dikemukan oleh semua cawangan akan cuba diselesaikan dengan segera dan khidmat bakti semua ahli2 Perkim diteruskan dan dipertingkatkan.


disediakan oleh

Puan Sophia Othman
Pen. Setiausaha
Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang



Friday, March 19, 2010

SUMBANGAN KERUSI RODA OLEH PERKIM WANITA CAW. ULU KELANG




Yg. Bhg Datin Norlia mnyerahkan sumbangan kerusi roda



Puan Kalsom Adam sebagai wakil menerima sumbangan



PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI RODA DARI PERKIM WANITA CAW. ULU KELANG (19hb. MAC, 2010)





Perkim Wanita Caw. Ulu kelang hari ini telah berbesar hati menyumbang sebuah kerusi roda untuk Encik Hamid bin Junid dan isteri Puan Saniah bt Agus. Sumbangan itu telah diterima oleh puan Kalsom bt Adam, wakil Puan Saniah dan suami yang tidak dapat hadir atas keuzuran.


Menurut keterangan Puan Kalsom, Encik Hamid telah mengalami kecederaan tulang belakang akibat terjatuh di bilik air kediaman beliau 6 tahun yang lalu. Beliau juga telah melalui proses pemulihan fisio-terapi dan alhamdulillah sudah mampu bergerak dengan bantuan dari isteri beliau.


Untuk memudahkan pergerakan seharian, Encik Hamid amat memerlukan kerusi roda yang baru. Bersimpati atas penderitaan beliau, Yg.Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj. Marzuki telah mengambil inisiatif menyumbangkan sebuah kerusi roda tersebut.


Yg. Bhg Datin Norlia amat menitikberat akan kebajikan setiap ahli-ahli dibawah beliau dan sentiasa peka dalam menandatangani setiap permasalahan. Beliau melahirkan hasrat agar Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang akan sentiasa mendapat sokongan dan bantuan dari pihak-pihak kerajaan, badan-badan korporat mahupun individu dalam bentuk kewangan untuk menampung dana Perkim Wanita Caw.Ulu Kelang. Justeru itu memudahkan pihak Perkim menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan.





Disediakan oleh:
Puan Sophia Othman
Pen. Setiausaha
Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang