Monday, October 18, 2010

KEM MOTIVASI & QIAMULLAIL BERSAMA ANAK2 YATIM

Yg Bhg Dato' Hj. Hasbullah L.Isa
Pen.S/Usaha Kehormat Ahli Majlis Kebangsaan Perkim Malaysia
turut hadir memberi taklimat dan nasihat kepada para peserta ....

bergambar beramai-ramai diakhir majlis penutup program
Kem Motivasi & Qiamullail 2010

bersama sebahagian dari anak2 yatim dlm sesi bergambar...

anak2 ahli jawatankuasa Perkim Caw. Wanita Ulu kelang
yang turut serta kem motivasi & qiamullail pada hari tersebut....

AJK bersarapan pagi bersama pemilik Camp ABC
Yg Bhg Brig Jen. Dato' Adnan Said(B) dan isteri...

antara aktiviti bebas yang diadakan untuk anak2 yatim yang menyertai program...

antara peserta dari rumah kebajikan Nurul Qana'ah..

Yg Bgh Ustaz Abdul Manaf ketika memberi ucapan dan nasihat2 beliau
kepada peserta program...

anak-anak yatim turut menerima cenderahati dan sijil..
didalam majlis penutup program....

ahli jawatankuasa meninjau keadaan didalam kem
memastikan keselesaan para peserta program.....


Ahli jawatankuasa bersama Penyelaras dan fasilitator program
KEM MOTIVASI & QIAMULLAIL.

salah seorang peserta diminta memberi pandangan tentang program..


Yg Berusaha Ustaz Abdul Manaf selaku fasilitator program Qiamullail...
menerima cenderahati dari Ketua Penyelaras Program


antara peserta menerima cenderahati dan sijil penyertaaan
disampaikan oleh Pengerusi Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang ..

peserta khusyuk mendengar taklimat dan pesanan di akhir program..



antara aktiviti luar yang dijalankan....









KEM MOTIVASI & QIAMULLAIL
Bersama Anak2 Yatim
Anjuran PERKIM CAW. WANITA ULU KELANG







Perkim Cawangan Wanita Ulu Kelang sekali lagi telah menganjurkan satu program khusus untuk anak-anak yatim di sekitar Lembah Kelang dalam membina ukhuwah dan memberi bimbingan agama islam kepada penghuni rumah-rumah anak yatim yang terpilih tahun ini. Program tersebut telah diadakan di Camp ABC, kg Sg. Lurah, Janda Baik, Bentong selama 3 hari 2 malam bermula dari 15hb hingga 17hb, Oktober, 2010. Seramai 60 orang peserta anak2 yatim dari empat buah rumah kebajikan dan 12 orang anak2 ajk perkim sendiri turut serta dalam program tersebut.

Sehubungan dengan tujuan program, jika tiada pertolongan dan keperihatinan dari masyarakat sekeliling mahupun mana-mana badan korporat, penghuni Pertubuhan Rumah Kebajikan ini yang terdiri daripada anak-anak yatim tidak mungkin mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam semua aspek kehidupan. Mereka adalah golongan yang lemah dan memerlukan bantuan samada segi material dan spiritual untuk menjadi sebahagian dari masyarakat yang berguna supaya tidak terjebak dalam gejala sosial dan sebagainya.

Atas kesedaran inilah, Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang terpanggil untuk menganjurkan program seumpama ini supaya timbul kesedaran semua pihak bahawa kepentingan mendidik dan memberi ilmu pengetahuan kepada golongan ini tidak boleh dipandang ringan. Bertemakan "KITA PEDULI, KITA KONGSI, KITA HULURKAN TANGAN'., penyelaras program serta fasilitator dan penceramah jemputan cuba terapkan segala ilmu pengetahuan sebagai panduan untuk para peserta didalam kem ibadah bina insan ini.


Objektif utama diadakan kem ibadah ini ialah untuk menggalakkan sikap positif dan bertanggungjawab dikalangan peserta dalam memupuk ukhuwah sesama mereka. Peserta diajar menanam nilai-nilai rohaniah dan membentuk jatidiri supaya dapat menjalinkan semangat setiakawan dan kasihsayang sesama mereka khususnya dengan para ahli jawatankuasa penganjur juga.

Modus operandi program kali ini dibahagi kepada dua sessi termasuk FASA 1 : sessi suai-kenal, aktiviti permainan berkumpulan dan juga aktiviti lasak. Para peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Dimulai dengan berkenalan dalam sesi "ice-breaker' antara peserta lain dalam kumpulan masing-masing, mereka juga dikehendaki mengambil bahagian dalam acara sukan bercorak 'team building' yang bakal memperlihatkan konsep kerjasama ahli dalam kelompok mereka untuk memenangi permainan yang diadakan.


Para peserta didedahkan juga dengan aktiviti lasak seperti memancing dan 'jungle-trekking' supaya mereka dapat menghargai keindahan flora dan fauna serta menghayati ciptaan dan kebesaran Allah swt. Kepentingan menjaga kesihatan fizikal yang cuba diterapkan dalam aktiviti ini didedahkan kepada para peserta supaya menyedari asas2 kesihatan ini penting untuk membina keutuhan minda, fizikal dan spiritual .



Didalam FASA 2 program ini menitikberatkan aktiviti kerohanian dan motivasi diri peserta. Pengelolaan sessi ini diterajui dan dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator, Yang berbahagia Ustaz Abdul Manaf yang juga merupakan ajk Masjid Ar-Rahimah, Gombak juga dibantu oleh para pelajar-pelajar Politeknik Merlimau, Melaka. Fasa ini bertujuan untuk membimbing peserta menitikberatkan ukhuwah dan perhubungan insan dengan Allah swt untuk memantapkan asas keimanan dalam diri masing-masing. Tazkirah dalam qiamullail merangkumi asas fardu Ain , akidah (iman dan taqwa), kesempurnaan Ibadah (solat berjemaah) serta Hidayah dan Keagungan Allah. Ini bertujuan untuk memupuk kesedaran membentuk seorang muslim sejati, bermoral dan berguna dalam masyarakat.

Para peserta juga bertuah dengan kesudian Yg Bhg Datok Haji Hasbullah L.Isa iaitu Penolong Setiausaha Agung Kehormat Ahli Majlis Perkim Kebangsaan Malaysia untuk hadir dan menjengah mereka serta bersolat jemaah pada malam kedua program di kem ini. Beliau juga meninggalkan amanat dan motivasi untuk para peserta agar tidak lupa tanggungjawab untuk menjadi pelajar cemerlang seterusnya insan berjaya dalam hidup di masa akan datang. Sebelum berangkat pulang beliau sempat menjamah hidangan malam sambil bermesra dengan penyelaras, fasilitator dan anak-anak yatim tersebut.

Penutupan program motivasi dan qiamullail ini diakhiri dengan pesanan dan amanat dari Yg Bhg Datin Rohani Jamaluddin selaku Ketua Penyelaras program ini. Didalam ucapan beliau menekankan agar para peserta mengambil pengajaran dan ilmu dalam program seumpama ini untuk dijadikan pedoman dan sebagai tunjuk-ajar kepada rakan-rakan yang tidak menyertai program ini supaya menjadi insan contoh dan insan yang mulia di sisi Allah swt di dunia dan di akhirat kelak..Beliau juga amat berterimakasih atas kerjasama dari Yg Bhg Brig Jen. Dato' Adnan bin Said(B) bersama isteri beliau selaku pemilik Camp ABC ini dalam memastikan semua kemudahan disediakan untuk menjayakan program tersebut.

Kem motivasi & qiamullail ini dikendali dengan kerjasama dari ahli-ahli jawatan kuasa Perkim Caw. Wanita Ulu kelang hasil inisiatif Puan Faridah Mohd Isa sebagai Penyelaras bersama-sama ajk biro terdiri Biro Dakwah dan Biro kebajikan iaitu Puan Noraini Idris, Puan Mariati, Puan Edah , Puan Fatimah dan YM Raja Shamsiah serta dibantu oleh Pelajar-Pelajar Politeknik dan Puan Sophia selaku Ketua biro Perhubungan & Seranta Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang.

Sebelum majlis perpisahan, kesemua peserta yang terdiri penghuni rumah-rumah anak yatim yang dipilih iaitu Pertubuhan Rumah Kebajikan Limpahan Kasih, Rumah Amal Kaseh Bestari, Rumah kebajikan Silaturahhim Nurul Qana'ah , Rumah Kebajikan Nurhati serta anak-anak ajk sendiri telah menerima sumbangan cenderahati serta sijil penyertaaan sumbangan sebuah badan korporat telah disampaikan oleh Yg Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki Pengerusi Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang.

disediakan oleh:-
Puan Sophia Othman
Ketua Biro Perhubungan & Seranta (Media)
Perkim Caw. Wanita Ulu Kelang






































































































No comments:

Post a Comment

Post a Comment