Tuesday, March 23, 2010

USRAH YG.BHG DR FATMA AZ-ZAHRAA













TAFSIR AL-QURAN KELAS USRAH DR FATMA

"SURAH AN-NUR''




Bertempat di Surau Tun Daim, Taman Melawati 23hbMac, 2010....ceramah bulanan ihsan dan initiatif Toh Puan Mahani Daim disampaikan oleh Yg Bhg Dr Fatma mengupas tafsir surah An-nur.


Dihadiri oleh penduduk sekitar Taman Melawati dan ahli2 perkim. Dr Fatma dalam ulasan beliau menegaskan surah ini diturunkan selepas Saidatina Aishah ra difitnah berzina dengan seorang pemuda bernama shafwan ketika beliau ditinggalkan seorang diri dipadang pasir oleh kafilahnya.

Tegas beliau lagi surah An-nur khas diturunkan oleh Allah SWT membicarakan tentang perzinaan iaitu bahaya permulaan zina, meghampiri zina dan langkah2 mencegah dari berlakunya perzinaan. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan anak Adam untuk mengingkari suruhan dan larangan Allah SWT.


Antara kupasan langkah2 untuk menghindari kita dari menghampiri zina ialah surah an-nur ayat 27..bermadsud :- jangan kamu memasuki rumah yg bukan rumahmu jika dikhuatiri tiada penghuninya melebihi seorang..kerana bimbang akan menimbulkan fitnah.


.....Setiap lelaki yang beriman sentiasa menjaga pandangannya dan kehormatannya supaya terselamat dirinya dari perzinaan mata dan keinginan nafsunya terhadap wanita kerana fitnah yang teramat besar dan bahaya adalah fitnah wanita.


....Begitu jugalah seseorang wanita yg beriman itu sentiasa menjaga penglihatan dan kehormatan dirinya (selain untuk muhrim ) dengan tidak mmperlihatkan perhiasan diri kecuali muka dan tapak tangan.


Beliau mengingatkan jemaah agar tidak terpadaya dengan tipuhelah syaitan dengan sentiasa berzikirullah setiap masa...(ayat 21 - surah an-nur). Dr Fatma menerangkan bahawa syaitan tidak akan menghampiri hamba Allah yang :-

- sentiasa didalam wudu', sentiasa dalam zikirullah
- selalu brtaubat , menjaga penglihatan dan percakapannya
- sentiasa mengalunkan surah Al-baqarah dan 3 Qul
- sentiasa menyebut " Dengan Nama Allah sesungguhnya aku berlindung dari syaitan yang
direjam..."

Pesan beliau di akhir kuliah dalam membicarakan tafsir surah An-nur agar jemaah khususnya kaum wanita sentiasa dan menitikberat dalam menjaga maruah diri agar tidak menimbulkan fitnah....







Monday, March 22, 2010

TAZKIRAH USTAZ MOHD FADZIL ISMAIL DI MASJID MUAZ AL-JABAR SETIAWANGSA

Yg. Bhg Ust Mohd Fadzil Ismail

sebahagian dari jemaah yg hadir

bersama Exec. Broadcast Primeworks Sdn Bhd
Fauzana Ainud-din Radzuan

TAZKIRAH BERSAMA UST MOHD FADZIL ISMAIL
DI MASJID MUAZ AL-JABBAR SETIAWANGSA
"PESANAN RASULULLAH KPD WANITA.."


Penceramah bebas Ust Mohd fadzil Ismail dalam tazkirah beliau kepada jemaah yang hadir semasa rakaman Al-Hidayah TV3 baru-baru ini menekan bahawa pesanan Rasulullah untuk kaum wanita khususnya amatlah penting dalam institusi keluarga melahirkan generasi yang bertaqwa dan beriman.

Taqwa menurut beliau amat penting dan memerlukan kesabaran dalam menempuh cabaran dan dugaaan hidup. Dengan ketaqwaan itu katanya membolehkan seseorang wanita itu sebagai isteri dan ibu menjadi idola pada anak2nya. Beliau menegaskan juga taqwa itu mestilah disertai dengan keimanan yang kukuh dan istiqamah untuk menjadikan ketaqwaan itu secara menyeluruh dan ikhlas terhadap Allah SWT.

Kesinambungan dari sifat taqwa itu kata ust Mohd lagi, dalam pesanan rasulullah SAW, wanita itu perlu bersikap lemah lembut. Perkara yang penting merangkumi sifat tersebut adalah wanita itu hendaklah berlapang dada iaitu sabar, berseri airmukanya, dan redha ia akan segala dugaan keatasnya.

Akhir tazkirahnya Ust Mohd berpesan bahawa apa yang penting kita sentiasa lakukan perkara2 yang boleh menguatkan ketahanan taqwa dan iman melalui MATA iaitu penglihatan, TELINGA iatu pendengaran dan HATI iaitu ketaqwaan.

Saturday, March 20, 2010

SAMBUTAN HARI IBU "WANITA ANGGUN" 2009

YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz





cenderahati ibu & anak dimajlis tersebut








Majlis sambutan Hi-Tea anjuran Perkim Wanita Caw.Ulu kelang diadakan dengan gilang gemilang di Grand Ballroom, Hotel Flamingo, Jalan Ampang bersempena dengan Hari Ibu yang disambut seluruh negeri dihadiri hampir 700 orang terdiri dari ahli2 perkim, jemputan khas ibu-ibu tunggal dan jemputan khas YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Datin Seri Maznah Rais dan dhif2 kehormat yang lain.

Diserikan oleh persembahan nasyid dari ajk2 perkim dan persembahan ala2 timur tengah dari biro ekonomi dibwh pimpinan Datin Ruby, majlis diteruskan dengan aturcara yang telah dirancang begitu teliti oleh para ahli jawatankuasa majlis yang bertugas.

Sambil menikmati hidangan yang disediakan, majlis tersebut menjadi gamat dengan kemunculan oleh penyanyi Camillia mendendangkan beberapa buah lagu popular beliau. Diikuti oleh persembahan dari penyanyi yang tidak asing lagi iaitu Aishah. Dendangan lagu2 dari Aishah begitu asyik dan ramai hadirin terpegun dengan suara lantang dan merdu beliau. Ketika menyampaikan lagu Syurga Dibawah telapak kaki Ibu, ramai yang hadir masing2 kelihatan tersedu dan mengesat linangan airmata.

Acara yang menjadi tumpuan ialah ketika diumumkan sepuluh orang wanita yang bertuah berpakaian paling anggun. Yg. Bhg Datin Seri Maznah sudi menyampaikan hadiah2 kepada pemenang dan pemenang utama di gondol oleh Puan Rashidah yang bertuah memiliki hadiah tiket penerbangan untuk 2 orang ke Indonesia ditaja oleh Skop Production Sdn Bhd.

Para ibu-ibu tunggal diraikan dengan sedikit cenderahati sumbangan ikhlas salah seorang ajk Perkim. Juga kejutan untuk para tetamu yang hadir pada hari itu ialah cenderahati dan jambangan bunga untuk tetamu yang membawa ibu masing2 kemajlis tersebut. Hadiah2 trsebut juga hasil sumbangan ikhlas salah seorang ahli jawatankuasa Perkim.

Tiba masa bersurai, para tetamu majlis dikejutkan dengan kesudian Yg. Bhg Datin Seri Maznah menyumbangkan sebuah lagu yang mendapat tepukan yang amat gemuruh. Ini menunjukkan sifat kesederhanaan tanpa memikirkan kedudukan beliau sebagai seorang yang terhormat. Syabas Datin Seri!



AGM 21st PERKIM BHG NEGERI SELANGOR 20HB MAC, 2010

sebelum mesyuarat bermula


pewakilan wanita caw. ulu kelang
Dtn. Norlia, Pn Sophia, Dtn Patimah, Toh Pn Chemara

menerima penghargaan "penambahan Ahli Teramai"
cawangan Ulu Kelang

YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid memberi ucapan perasmian


AGM - 21 PERKIM BHG NEGERI SELANGOR
DIRASMIKAN OLEH:-
YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

20hb Mac, 2010
(bilik Gerakan, Bgn ANNEX, DUN Selangor, SHAH ALAM)


Majlis perasmian Mesyuarat Agung Perkim ke 21 pada 20hb. Mac, 2010 di Dewan ANNEX Bangunan SSAAS, Shah ALam dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah serta bacaan ayat2 suci Al-Quran oleh Qari Jemputan Adik Muhammad Abdullah. Diikuti dengan persembahan koir Biro Wanita Perkim Shah Alam dengan lagu Perkim dan selawat. Yg Bhg Dato' Haji Mohd Yasin Haji Taib, Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Selangor seterusnya memberikan ucapan beliau.


Mesyuarat Agung ke 21 Perkim Bhg Selangor telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Dalam ucapan beliau, tegasnya kegiatan berdakwah adalah tanggungjawab setiap individu tidak terbatas pada ustaz, ulama atau mana2 institusi untuk melaksanakan tanggungjawab menggembeling tenaga dan komitmen untuk meningkatkan kualiti umat islam berpaksikan akidah, syariat dan akhlak islamiah yang kukuh.

YAB Tan Seri dalam amanatnya juga menyentuh tentang kekalutan isu2 kalimah, logo HALAL dan pencerobohan rumah2 ibadah dan kegiatan2 yang tidak bermoral yang sedang meruncing agar dapat diatasi oleh semua pihak yang terlibat supaya ketenteraman dan keharmonian masyarakat terjamin. Beliau juga menyeru semua ajk dan ahli2 Perkim bersatu hati dalam usaha menjayakan manefistasi pertubuhan ini. Strategi, methodologi dan media katanya mestilah sesuai dengan matlamat dan sasaran . Keprihatinan terhadap saudara2 baru agar mesti dititikberatkan supaya mereka mendapat bimbingan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang agama islam. Usaha jitu amat penting juga dalam membantu pihak kerajaan menangani masalah agama dan gejala sosial seperti murtad, penagihan dadah, pembuangan bayi malah keruntuhan institusi kekeluargaan.

Akhirkata beliau amat berharap agar perjuangan dalam berdakwah sentiasa berterusan kerana ia adalah jihad umat islam seluruhnya untuk memastikan kemajuan sesebuah pertubuhan itu terselah kesinambungannya dari masa ke semasa.

Aturcara seterusnya menyaksikan kelancaran perjalanan agenda mesyuarat termasuklah penerimaaan Laporan Tahunan 2009, Penyataan Kewangan 2009 serta kelulusan tentang Angggaran Belanjawan 2011. Mesyuarat pada tahun ini menyaksikan perlantikan ahli2 jawatankuasa baru bagi sessi 2010 - 2012 Perkim Bhg Negeri Selangor. Puan Sharifah Zubaidah Syed Mahdzar wakil dari Perkim Wanita Caw.Ulu Kelang berjaya mengekalkan jawatan beliau dengan pungutan undi yang agak banyak iaitu 91 undi.


Didalam majlis itu juga diadakan penyampaian hadiah-hadiah insentif untuk :-

- Aktiviti cawangan Terbaik
- Pentadbiran/Pengurusan Terbaik
- Pertambahan Ahli Teramai
- Pengislaman Teramai


PERKIM Wanita Cawangan Ulu Kelang telah memenangi anugerah Hadiah Insentif bagi kategori "Pertambahan Ahli Teramai" iaitu cawangan Ulu Kelang telah berjaya menarik seramai 89 orang sebagai ahli baru 2009. Hadiah tersebut disampaikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim kepada Pengerusi Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang Yg. Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki.

Majlis bersurai setelah selesai dengan ucapan penangguhan dari semua cawangan. Pengerusi Perkim Bhg Negeri Selangor, Yg Bhg Dato' Hj Mohd Yasin menyarankan ahli2 perkim sentiasa berbakti secara sukarela dalam menyampaikan dakwah tanpa mengharapkan balasan selain dari pahala dan ganjaran Allah SWT semata-mata. Maka kata beliau lagi pihak PERKIM dan semua yang terlibat akan menabur bakti dan azam untuk menjayakan matlamat dan aspirasi murni dan terus menyambung amanat serta perjuangan Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pengerusi Tetap, Yg. Bhg Prof. Emeritius Dato' Dr Ariffin Suhaimi, dalam penggulungan mesyuarat kali ini berharap segala permasalahan yang dikemukan oleh semua cawangan akan cuba diselesaikan dengan segera dan khidmat bakti semua ahli2 Perkim diteruskan dan dipertingkatkan.


disediakan oleh

Puan Sophia Othman
Pen. Setiausaha
Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang



Friday, March 19, 2010

SUMBANGAN KERUSI RODA OLEH PERKIM WANITA CAW. ULU KELANG




Yg. Bhg Datin Norlia mnyerahkan sumbangan kerusi roda



Puan Kalsom Adam sebagai wakil menerima sumbangan



PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI RODA DARI PERKIM WANITA CAW. ULU KELANG (19hb. MAC, 2010)





Perkim Wanita Caw. Ulu kelang hari ini telah berbesar hati menyumbang sebuah kerusi roda untuk Encik Hamid bin Junid dan isteri Puan Saniah bt Agus. Sumbangan itu telah diterima oleh puan Kalsom bt Adam, wakil Puan Saniah dan suami yang tidak dapat hadir atas keuzuran.


Menurut keterangan Puan Kalsom, Encik Hamid telah mengalami kecederaan tulang belakang akibat terjatuh di bilik air kediaman beliau 6 tahun yang lalu. Beliau juga telah melalui proses pemulihan fisio-terapi dan alhamdulillah sudah mampu bergerak dengan bantuan dari isteri beliau.


Untuk memudahkan pergerakan seharian, Encik Hamid amat memerlukan kerusi roda yang baru. Bersimpati atas penderitaan beliau, Yg.Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj. Marzuki telah mengambil inisiatif menyumbangkan sebuah kerusi roda tersebut.


Yg. Bhg Datin Norlia amat menitikberat akan kebajikan setiap ahli-ahli dibawah beliau dan sentiasa peka dalam menandatangani setiap permasalahan. Beliau melahirkan hasrat agar Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang akan sentiasa mendapat sokongan dan bantuan dari pihak-pihak kerajaan, badan-badan korporat mahupun individu dalam bentuk kewangan untuk menampung dana Perkim Wanita Caw.Ulu Kelang. Justeru itu memudahkan pihak Perkim menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan.





Disediakan oleh:
Puan Sophia Othman
Pen. Setiausaha
Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang



Thursday, March 18, 2010

LAWATAN KE PENJARA WANITA KAJANG 2009

ahli rombongan diberi taklimat mengenai peraturan penjara sebelum lawatan

taklimat dari pegawai yang bertugas

Yg. Bhg Datin Norlia menandatangani buku pelawat



ajk Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang bergambar ramai-ramai di pintu masuk
Penjara Wanita Kajang




LAPORAN LAWATAN PERKIM
WANITA CAWANGAN ULU KELANG KE
PENJARA WANITA KAJANG
(11th APRIL 2009)

PERKIM Wanita Caw. Ulu kelang telah berjaya merealisasikan satu lagi program yang telah dirancangkan untuk ahli-ahlinya iaitu mengadakan lawatan sambil beramal ke Penjara Wanita Kajang pada 11hb. April, 2009 yang lalu. Ahli rombongan yang terdiri daripada semua Biro-biro telah menyumbang barangan seperti tuala wanita, lampin pakaibuang bayi, susu dan makanan bayi sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak penjara keperluan-keperluan asas yang diperlukan banduan.

Disertai oleh hampir 30 orang ahli serta ketua-ketua biro dan Pengerusi Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang. Yg. Bhg Datin Norlia begitu teruja untuk mengetahui situasi sebenar tentang penjara wanita yang menempatkan banduan wanita dari berbagai bangsa dan warganegara yang menjalani hukuman kerana pelbagai kesalahan dan jenayah. Penjara Wanita Kajang (PWK) adalah bersebelahan penjara lelaki yang menempatkan banduan yang menjalani pemulihan rawatan dadah.

Ketibaan ahli rombongan telah disambut oleh Pn. Norhashimah selaku pegawai yang bertanggungjawab memberi penerangan latarbelakang sejarah penjara, peraturan serta larangan dan bahan-bahan larangan seperti alkohol, senjata api, rokok, kamera dan lain-lain yang tidak dibenarkan dibawa oleh pelawat. Sebelum dibawa melawat bahagian/blok penjara tersebut, setiap ahli rombongan perlu diperiksa (body Scan) serta tidak dibenarkan membawa barangan peribadi.

Kebanyakan banduan yang ditempatkan disitu terdiri dari warga asing yang mendominasi hampir lebih 1,400 orang yang disabitkan dengan pelbagai kesalahan berkaitan dengan Jabatan Imigresen kerana melanggar akta-akta keselamatan seperti bekerja/tinggal tanpa permit/visa yang sah. Banduan yang disabitkan dengan hukuman mati hanya seramai empat orang yang masih menunggu keputusan rayuan dari mahkamah. Terdapat seorang banduan tempatan berbangsa India menjalani hukuman seumur hidup. Banduan-banduan ini ada yang berusia seawal 17 tahun yang telah disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah dan lebih mengejutkan ada juga banduan yang telahpun lanjut usia hampir 70 tahun. Keseluruhan banduan yang ada menjalani hukuman masing-masing di PWK tidak melebihi 2,000 orang.

Ahli rombongan dibawa ke bahagian/blok pemulihan dan rawatan (sick-bay) dimana banduan yang memerlukan sebarang rawatan kesihatan atau tidak sihat akan dipantau/periksa oleh pegawai kesihatan yang bertugas. Ditempatkan juga 'sudut taska' khas untuk anak-anak banduan itu sendiri. Mereka dijaga oleh ibu-ibu sendiri atau banduan yang ditugaskan sambil dikawal oleh pegawai berkenaan. Kanak-kanak itu akan berada di penjara sehinggalah berumur 4 tahun kemudian akan diserahkan kepada keluarga/waris banduan untuk dipelihara sehingga banduan habis menjalani hukuman. Jika tiada ahli keluarga yang sanggup, kanak-kanak ini akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Terdapat juga banduan-banduan yang sedang sarat mengandung antaranya 6-9 bulan. Seterusnya,ahli rombongan telah dibawa melawat blok yang menyediakan makanan (dapur). Sebahagian dari banduan ini ditugaskan untuk menyediakan sarapan, makan tengahari dan malam untuk keseluruhan banduan di penjara tersebut.
Ahli rombongan telah dibawa ke blok yang menempatkan bahagian latihan komuniti / kerja tangan dan kemahiran. Disini banduan-banduan akan dilatih mengikut skil atau kemahiran serta minat masing-masing sebagai satu tugas untuk mereka menerokai bidang yang mereka suka untuk dimanfaat apabila mereka keluar dari penjara.

Antara kemahiran-kemahiran yang mereka pamirkan adalah mencanting batik, pengurusan salun dan spa, jahitan dan sulamanik serta kraftangan. Hasil kerja/ produk-produk mereka akan dihantar luar dari penjara untuk pasaran tempatan. Orang awam juga boleh mendapat khidmat salun dan spa yang ditempatkan diluar bangunan penjara.

Di akhir lawatan, ahli rombongan telah berpeluang untuk meneliti hasil kerja banduan seperti barangan kraf, baju-baju batik untuk wanita dan lelaki, baju kanak-kanak serta cadar-cadar dan baju sulamanik yang telah siap dijahit. Makanan sejuk beku / kek dijual dengan harga yang berpatutan.

Pegawai penjara N28 Puan Norhashimah telah berbesar hati menyediakan makan tengahari ihsan dari pihak penjara serta cenderahati berupa replika lukisan batik diserahkan kepada Yg. Bhg Datin Norlia selaku wakil rombongan. Sebelum meninggalkan PWK ada diantara ahli rombongan yang menyumbang secara peribadi kewangan untuk disalurkan kepada kanak-kanak spastik, banduan-banduan serta anak-anak mereka. Sesi bergambar beramai-ramai diluar pintu masuk penjara mengakhiri sehari perjalanan di Penjara Wanita Kajang oleh ahli-ahli Perkim Cawangan Ulu Kelang.

Lawatan ini sedikit-sebanyak telah memberi kesedaran serta pengajaran betapa masih ada wanita-wanita yang tidak bernasib baik atau terjerumus dalam permasalahan hidup yang berakhir dengan kehidupan di dalam penjara sama ada kerana kesalahan-kesalahan ringan hingga ke jenayah berat. Walaubagaimanapun, harus diingati setiap kesalahan yang dilakukan tetap akan dihakimi oleh undang-undang yang ditetapkan walau di negara mana kita berada.



Disediakan
Puan Sophia Othman
Pen. Setiausaha
Perkim Wanita Pen.Caw. Ulu Kelang

Wednesday, March 17, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID AR-RAHIMAH TAMAN GREENWOOD, GOMBAK

kelihatan Yg. Bhg Datin Rohani memperkatakan sesuatu kepada Yg. Bhg Datin Norlia ketika menjamu selera di pagi hari tersebut


persembahan nasyid disampaikan oleh anak-anak qariah masjid tersebut


bersama-sama mengalunkan selawat keatas rasulullah setelah selesai majlis khatam al-quran
sebahagian ahli-ahli jawatankuasa Perkim yang hadir di majlis khatam Al-quran

sebahagian peserta dari kalangan anak-anak yatim mengalunkan bacaan surah-surah dalam majlis khatam Al-quran

ustaz solehin juga turut menerima cenderahati dari nazir masjid disampaikan oleh Ustaz Abd Manaf Jusoh dan Tuan Hj. Abd Rahman Satam

Yg. Bhg. Datin Norlia Tan Sri Hj. Marzuki menyampaikan ucapan beliau semasa perasmian majlis khatam Al-Quran

bergambar bersama qariah masjid
dari kiri Datin Norlia, Puan Sophia dan nazir masjid
berdiri dari kiri Puan faridah, puan Mashitah

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN KHATAM AL-QURAN anjuran bersama MASJID AR-RAHIMAH TMN GREENWOOD dan PERKIM WANITA CAW. ULU KELANG telah dilaksanakan dengan meriah sekali pada hari sabtu 13h. ,Mac, 2010 bersamaan 27 Rabiulawal, 1431H.
Majlis yang dihadiri oleh penduduk setempat dan sekitar Taman Greenwood, Gombak serta dengan kehadiran 100 orang anak-anak yatim dari lima buah rumah anak yatim Ulu Kelang dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik utk kanak-kanak yang berusia antara 5 tahun hingga 15 tahun. Antara acara-acara yang dijalankan termasuk pertandingan perarakan, pertandingan mewarna, kopek bilis, azan, gubahan nenas, permainan sepakraga.
Majlis perasmian telah dilakukan oleh nazir masjid Ar-rahimah iaitu Tuan Hj. Abd Rahman bin Satam. Program ini menyaksikan kerjasama antara Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang dibawah pimpinan Yg. Bgh. Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki selaku Pengerusi.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi garis panduan perlaksanaan sambutan Maulidur Rasul bukan semata-mata sekadar memperingati hari lahir Rasulullah tetapi juga untuk mencungkil semangat kejiranan masyarakat setempat, semangat ukhuwah jemaah serta merapatkan jurang perbezaan dikalangan belia khususnya remaja-remaja dan qariah-qariah masjid.
Semua pertandingan yang diadakan pada hari tersebut dijalankan serentak dan diakhiri dengan acara kemuncak iaitu khatam Al-Quran dan Selawat. Majlis khatam Al-Quran yang disertai oleh sebahagian daripada anak-anak yatim yang hadir telah menyedarkan semua pihak bahawa kebajikan untuk memberi bimbingan dan pembelajaran kepada mereka tidak diabaikan oleh pihak pengurusan rumah kebajikan Anak-Anak Yatim. Ini bertujuan agar kehidupan mereka akan terjamin dan tidak tercicir dalam pelajaran dan bimbingan yang akan menjerumuskan mereka dalam perkara-perkara yang tidak diingini.
Ini diikuti dengan ceramah oleh Yg. Bhg Ustaz Solehin Mukhyi yang bertajuk " Rasulullah Akhlak Mu Sungguh Terpuji". Antara lain menyentuh tentang akhlak Rasulullah yang patut diikuti oleh setiap lapisan masyarakat dalam menjalankan ibadah juga segala aspek kehidupan agar mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah SWT di dunia dan akhirat.
Yg. Bhg. Datin Norlia Tan Sri Hj Marzuki dalam ucapan beliau menegaskan bahawa pihak Perkim amat berbesar hati diberi peluang untuk menyertai aktiviti seumpama itu yang sekaligus dapat merapatkan siratulrahim dan memberi komitmen serta kerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan di masa akan datang.
Sumbangan yang dihulurkan oleh Perkim Wanita Cawangan Ulu Kelang berupa wang ringgit sebanyak RM3000 serta hamper dan sumbangan peribadi Yg. Bhg Datin Rohani Jamaluddin yang merupakan Ketua Biro Ekonomi dan Kebajikan Perkim Wanita Caw. Ulu Kelang untuk ahli-ahli jawatankuasa masjid yang bertugas. Juga tidak dilupakan juga cenderahati untuk anak-anak yatim yang hadir juga sumbangan dari pihak Perkim. Syarikat Rahman Brother yang merupakan penyumbang tetap kepada tabung masjid Ar-Rahimah juga turut memberikan sumbangan mereka yang disampaikan oleh salah seorang pemilik syarikat tersebut iaitu Yg. Bhg. Datok Abdul Rahman Ibrahim. Hadiah-hadiah kepada pemenang semua pertandingan disampaikan oleh Yg. Bhg Datin Norlia Tan Sri Hj. Marzuki, Yg. Bhg Datin Rohani, Datok Abdul Rahman serta dibantu oleh ahli jawatankuasa Perkim yang lain.
Cikgu Mohd Radzi Mohd Yusof seterusnya mengakhiri program tersebut dengan ucapan beliau sekali lagi menegaskan kepentingan keprihatinan masyarakat setempat dalam memupuk semangat kerjasama antara qariah masjid untuk menjayakan aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial dan kebajikan. Menurut beliau juga amatlah penting masyarakat hari ini menyedari tentang fungsi masjid tidak hanya membataskan kepada ibadah sahaja malah merupakan platfom untuk menjalankan segala bentuk riadah khususnya dalam menghayati program sambutan maulidur rasul seperti yang diadakan pada hari tersebut.

Disediakan oleh:
Puan Sophia bt Othman
Pen. Setiausaha
Perkim Wanita Caw.Ulu Kelang
18hb. Mac, 2010